
Ye. Begitulah. Alhamdulillah syukur, doa yang tidak putus dari ibubapa aku akhirnya terjawab apabila adik aku yang nombor 10 akan terbang ke Missouri, United State pada 17hb ogos ini. Akibat point IB yang kurang satu untuk melayakkan dia menyambungkan pelajaran ke US, membuatkan kami sekeluarga suspen jek, tapi setelah paper die di recheck, alhamdulillah, dia akhirnya berjaya mendapat tawaran ke States.
Serba sedikit perkara yang kita perlu tahu pasal adik aku ni.

Ahmad NazhrulFaiez Mohd Zain dilahirkan pada 29 Jun 1989. Anak ke 10 dari 12 adik beradik.
Merupakan seorang scorer didalam family. Berjaya mengatasi abang aku, Nazhrat Zain di dalam keputusan SPM nye, straight A1. Merupakan seorang yang bagi aku genius, kerana semasa di MRSM PC dulu, kalau dia balik bermalam dirumah, langsung tak sentuh buku, tapi 24jam mengadap PS, PC main game jek keje. Tapi result? Gempak dan paling gempak dalam family! Memang genius! Selepas SPM, dapat tawaran untuk buat kursus kedoktoran, tp dia cakap, “doctor is not the only profession in the family”. Sbb adik aku yang no 9 pun buat doctor kat Bangalore, kakak sulung aku pun bekerja di Royal Melbourne Hospital sebagai pakar neuroradiology. Kakak ipar aku, isteri Nazhrat Zain pun Dentist. So memang dia tanak jadi doctor lah. Sambung belaja kat IB, buat geology sama macam abang aku yang no 3, sekarang bekerja dengan Saudi Aramco di Dahran. Nazhrat pun keje ngan oil and gas, ROXAR kalo tak silap aku.
Aku sebak sebab family aku tak akan pernah cukup di pagi lebaran. Adik aku akan ke states untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang geology, mengikut jejak abang yee aku (abg no 3) di Missouri, walaupun abg yee ngan abg ayat juga belajar di US (wisconsin and detroit). Tahun ni entah berapa org sahaja yg dapat bersalam tangan abah ngan cik di pagi lebaran. kak ros bekerja di royal Melbourne hospital sebagai pakar neuroradiology..entah balik entah tidak di pagi raya..abg yee plak sedang berkeja di Dahran..di syarikat minyak terkemuka Arab Saudi. Nazhrat plak asek offshore dan adek aku bakal mendengar takbir di bandar missouri yg aku sendiri tidak pernah menjejaki tanahnya . Adik beradik berada di merata dunia. Di tempat berlainan skarang. Bilakah kami akan bersama semula. Anak2 abah dan cik sedang berjuang di negara org, membina masa depan yg cemerlang. Kerana semua ini adalah doa dan kasih sayang abah dan cik. Tidak sekali kami lupa. –> Aku plagiarize ayat adik aku di blog ini.

Sedikit nasihat untuk adik aku. Bard pernah berada di tempat orang, and tak dapat dinafikan, memang mulanya seronok. Sbb ianya satu pengalaman baru. Tp percaya x kalo Bard cakap, duk di Malaysia jauh lagi best?! hehe. Just kidding. Keep on going bro. Be a good guy. Kat sane da takde sape nk marah2 Faiez. Abah and cik da takde untuk kejut Faiez bangun pagi sembahyang subuh. Takde sape da nk tegur2 Faiez kalo Faiez buat something yang salah disisi agama. So Faiez kena kuatkan iman. Kena sentiasa ingat Tuhan. Solat jangan tinggal. Bard bgtahu semua ni sbb bard da pernah lalui semua tuh. Memang perit. Seronok hanya ketika berada di dunia. And ketika kita seronok, flow saham akhirat kita pun tengah turun naik. Macam ustaz le plak. Hehe. Anyway, im so proud of you bro! Very proud of you. Keep on smiling!! Coz u look good when u smile!
