Bard Zain Photoblog:

BARD ZAIN

BONSAI PHOTOSTUDIO
(KT0259865-V)

4128-G, Tingkat 2,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200, Kota Bharu,
Kelantan.
OFFICE : +609.7448.748
MOBILE : +6019.211.46.96
EMAIL : bardzain@bonsaiphotostudio.com





  • Archive: August, 2009



    Muffin! Mane Muffin?

    Saturday, August 15th, 2009

    Aku masih di studio. Waktu sekarang 8.23am. Aku risaukan Muffin. Ape die makan? Die ok ke? Aku tak ajar Muffin makan selain dari cereal dia. Tak ajar makan ikan. Tak ajar makan nasik. Cereal jek. Mane dia sekarang? Kesian Marlyn.

    Susulan dari episode semalam. Aku tdo. 12tengahari baru boleh tidur. Kemana Fardhu Jumaat aku? Susah nk tdo. Selalunya Muffin ada bergurau ngan aku dulu. Gigit tangan. Main kejar2. Main hide and seek. Rindu giler. Muffin kena geget tangan, kejar2 dulu ngan dia baru dia nk makan. Bila dia aktif, dia akan makan banyak. Muffin, how i wish u’re here with me.

    Sekali lagi aku pergi buat report di Pondok Polis Komuniti pada jam 7.25pm. Kali ini dengan pegawai lelaki. Partner Cik Shima. Aku print out gambar Muffin. Tunjukkan kat dia. Aku mintak follow up dari report semalam. Aku tanya dia kenapa tak buat rondaan. Dia ckp jap lagi dia akan pegi dengan partner dia. Aku masih merindui Muffin. Pukul 8.30pm, pegawai lelaki tadi sampai kerumah. Jiran2 semua keluar menceritakan bertapa tidak selamatnya mereka. Kata pegawai terbabit, dia akan usulkan kepada IO dulu, baru buat tinjauan. Harap2 lepas ni tertangkap lah lahanat2 tu semua. Aku nak muffin. Ya Allah, selamatkan Muffin dan biar dia pulang ke rumah walau dengan bagaimana cara pun. Amin. Doakan aku.

    Susun atur tugasan dilakukan semalam.

    Aku Anak Merdeka! I’ll fight for my right!

    Friday, August 14th, 2009

    Kenapa hidup kita penuh dengan halangan?

    Mana pergi semua authority Malaysia? Dengan naiknya pondok2  pihak berkuasa di sekitar Kota Bharu, semakin meningkat kadar jenayah di Kota Bharu. Tidakkah anda perasan?

    11-08-09

    Aku pulang dari studio tepat jam 5.00am.  Aku sampai rumah, bahagian dalam rumah cerah gile. Aku ke belakang, pintu dapur terbukak. kul 5pagi? Sape yang xtdo lagi? Aku masih tak perasan sehingga aku tengok ade kesan kopek dekat pintu. Sah! Rumah aku kena pecah masuk. Aku kejutkan abah, aku gtau kat die. Aku masih tak perasan Sony Bravia abang aku da lesap! Damn! Call Kecemasan. Dia amik detail diri aku. Pastu suh aku pergi buat report di balai polis. Kenapa procedure macam ni perlu kalo kita sememangnya ada kecemasan?

    Barang da hilang. Aku masuk tdo dulu. Sbb aku tahu, diorang bukan buat ape2 pun. Abang aku suh aku buat report. So petang tuh, aku ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat report. Amik statement. Dia karang laporan. Ok, memang keje dia. Aku baca laporan dan turunkan tandatangan. Polis bertugas menyerahkan telefon kepada aku so aku bagitahu Sarjan ni lokasi rumah aku. Aku fikir, agak pantas jugak kerja mereka. Rupanya aku berada di dalam list yang ke 7 pada hari tersebut. Dia akan ke rumah aku, selepas pukul 6.oopm katanya. Ok. Makan malam dengan keluarga. Ke studio. Kul 11.30pm, baru dia sampai. Wow fantas nye!  Family aku berurusan dengan pihak berkuasa. Aku masih lagi busy di studio.

    12-08-09

    Adik2 aku pergi track laluan sekitar perumahan. Mana tahu kot2 masih ada diorang simpan dalam semak. Diorang suspek something. Aku pegi bersama mereka ke sebuah rumah kosong di kawasan ini. Bertanyakan jiran2, rumah tersebut sedang diubah suai, dan diorang tak suspek penagih kat situ. Aku ke studio pukul 2.30pm. Appoinment dengan client.  Bekerja seperti biasa. Malam tu mak aku dengar dari jiran yang ada rumah kosong dekat dengan tanah perkuburan.

    13-08-09

    Tengah hari.

    So sekali lagi aku pergi. Kali ini aku pergi straight ke wakaf kubur tu. Sah! Ini sarang penagih! Semasa aku sampai, ada dua budak muda, bergerak keluar dari kawasan kubur kerana kehadiran aku dan adik aku. Aku ke wakaf, sayang aku tak bawak kamera. Camera HP pun aku tak guna. Apa yang aku fikir masa tu, keselamatan aku.

    Aku call kecemasan sekali lagi. Bagitahu yang aku track benda ni. Skali lagi, aku perlu buat report di balai polis lagi. Oh my god. Apakah sebenarnya fungsi talian 999? Sekadar untuk database? Aku ke Pondok Polis Komunity untuk membuat report. Kalau tak silap aku nama pegawai yang berada disana, Cik Shima. Aku bagitahu dia pasal benda tu. Bersemangat aku bercerita. Pass business card untuk sebarang follow up. Dia cakap aku kena g Balai Polis jugak untuk buat report. Tapi aku bagitahu dia, aku masih ada banyak urusan yang perlu diselesaikan. Atas budi bicara, dia call orang atasan dia. Dia cakap, kalo pihak berkuasa pergi dan bukti telah tiada, mereka akan kerap melakukan rondaan di perumahan aku. Aku bergerak pulang. Amik camera, terus ke studio.  Editing, dan selesaikan apa yang perlu. Rutin harian.

    14-08-09

    Pulang ke rumah pada jam 7.30am. Aku bersihkan diri. Carik Muffin. Aku tak boleh tido tanpa Muffin. Dia lah teman tido aku selama ni. Manja, sangat aktif. Tapi aku selalu busy, balik rumah pun da lewat. Aku selalu manjakan dia. Aku tahu dia bosan sebab selalu kena tinggal kat rumah. Selalu nampak dia bermain dengan LIPAS! Ye lipas. Sebab benda tu bertindak balas. Muffin suka kalo dia boleh gigit, lambung lipas tuh. Main2 dengan lipas. Tapi dia tak pernah makan lipas tu. Bawah almari, banyak gile prajurit2 yang terkorban. Ada pernah skali tu, muffin ni tunggu jek kat port lipas keluar. Kadang2 sampai tertido.

    Ada juga kadang2 aku bawak dia ke studio. Temankan kami di studio. Dia suka kalo ada orang peluk and main2 ngan dia. Aku faham bertapa bosannye dia ditinggalkan dirumah minggu lepas. Waktu tu, parent aku tiada di Kota Bharu. Kesian gile muffin kena tinggal sendiri kat rumah. Adik aku sekolah, aku kerja. Kesian! Aku sayang dia! Memang dari dulu, aku suka sangat bela kucing. Da banyak kucing aku parent aku pisahkan dari aku. Da berapa kali aku menangis sorang2. Mase tu aku sekolah rendah lagi. Harijadi aku yang ke12, parent aku belikan aku dua ekor parsian. Tapi sbb virus, both of em, kena tinggalkan aku lagi. Sedih lagi.

    Mase sekolah menengah, saudara aku bagi parsian puteh, Snowbell nama dia. Lama kami bela dia. Jantan miang. Ayah aku kutip semua kucing liar dan buang jauh2. Mase aku kat Matrix, dia hilang. Sedih lagi.

    Hujung semester Matrix, aku bawak balik kucing hostel balik rumah. Naik bus dari Perak to KB. Korang bayangkan? Naik bus catar. Betina. Nama di Doddy. Ekor lebat. Lepas da beranak 3kali kalo seingat aku, parent aku lepaskan dia kat pasar pagi. Aku sedih lagi. Parent aku kurang gemar dengan kucing yang suka melakukan kekotoran di dalam rumah. Aku tetap sayang kucing2 aku.

    Masa kat KL study kat KPTM, aku tak bela kucing, Tapi hamster. Dua ekor aku bela. Pemberian seseorang. Sekor mati dipijak ayah si pemberi, seekor lagi mati di rumah sewa aku kat Shamelin, sbb testical bengkak. Kesian.

    Di dublin, aku suka tengok anjing2 yang comel2. Terasa jek nk bela. Heh.

    Balik Malaysia, aku sudah lupa tentang obsesi aku terhadap kucing. Sehinggalah awal jun 2009, aku belikan Muffin kepada Marlyn. Kami gilir2 jaga. Tapi dia lama sangat berada dengan aku atas alasan Marlyn duk hostel, so bile ada kelas, Muffin kena kurung dalam cage. Kalo aku yang jaga dia, memang tak pernah aku letak dalam cage. Dia bebas di rumah ni. Parent aku pun da takleh nk cakap ape da sbb aku da ajar Muffin berry dalam bekas yang tersedia. Bersih. Mandi setiap 3 hari. Kadang2 kalo aku tak sempat, seminggu sekali. Sangat manja! Aku rindu Muffin.

    Balik rumah pagi tadi, aku singgah D-Lima sekejap.Kedai yang beroperasi 24/7 di lorong masuk ke perumahan disini. Aku tanye pekerja kat situ, aku pun da biasa sangat ngan diorang. Aku tanya Polis ada buat rondaan tak semalam. Diorang cakap, langsung tiada. Apa semua ni?

    Aku agak risau kalo aku tulis2 ni, aku jadi musuh negara plak. Aku Anak Merdeka! Aku harus memperjuangkan hak aku. Aku rakyat Malaysia, yang perlu rasa selamat, rasa selesa tanpa sebarang perasaan takut. Terus balik rumah, bersihkan badan, carik Muffin.

    She’s gone!!! Yerp. Aku masih lagi belum tido, mencari Muffin keliling rumah, tiada jawapan. Selalunya bila aku panggil, kalo bunyi loceng kat leher dia yang makin kuat tu, maknanya dia tengah laju nk terjah aku lah tuh. Tapi tadi, semuanya hampa. Aku cari sekeliling rumah, masih tiada. Bertanyakan jiran aku, mereka tak nampak Muffin. Aku beranikan diri, sekali lagi ke wakaf, ada 4 orang di wakaf. Aku cukup geram ngan mamat ni. Sejak dia dilepaskan dari pusat, kes semakin menjadi2. Kes beberapa tahun lepas juga begini. Bila dia takda, semuanya selamat. Aku bukanlah judgmental, prejudice, tapi sudah terang lagi bersuluh, mereka jadikan wakaf tu sebagai port mereka.

    Sekarang petang panas di Kota Bharu, biasalah tanah perkuburan, bila panas, takkan ada yang nk datang melawat. Lagi2 plak sekarang, bulan puasa semakin dekat, raya akan menjelma. Bila hari rayalah baru kita nk pegi melawat. So bulan puasa, musim panas, kawasan kubur adalah yang paling selamat bagi mereka2 yang tak takutkan mati dan neraka ni. Logik akal? Lu pikir lah sendiri. Dengan penemuan tanpa bukti semalam, aku tiada kekuatan untuk memperkasakan statement aku. Tapi, dimanakah pihak2 berkuasa yang seharusnya menjaga keamanan rakyat?

    Macam mana nk jadikan SATU MALAYSIA satu kenyataan kalo keselamatan kami tidak terjamin? Satu Malaysia, di mana tidak mengira bangsa, warna kulit, agama, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu. Satu hati. Satu jiwa. SATU MALAYSIA!

    Tapi dengan keadaan sekarang, sikap kejiranan di kampung2, perumahan2 kecil mahupun besar masih belum kukuh, macam mana kita boleh target untuk  menyatukan seluruh rakyat Malaysia? Hanya dengan lagu2 patriotik? Hanya dengan iklan2 patriotik? Berkesankan semua itu? Menggunakan media untuk educate rakyat Malaysia? Mungkin sedikit, benda itu berkesan. Tetapi, bayangkan didalam sebuah komuniti, masih tiada perasaan satu kampung, kita sama2 jaga. Saling mengenali sesama jiran. Itu sangat penting. Tetapi bagaimana jika sekarang, kami yang berada di Kota Bharu ini tidak merasakan selamat. Dengan H1N1 yang semakin teruk di Kelantan, semakin renggang lah ikatan semangat kejiranan apabila semua tidak berani nk bersosial. Takut dengan keselamatan yang tidak terjamin, dengan masalah penyakit yang masih tiada ubatnya, macam mana?! Anda boleh jawab?

    Back to the topic. Keselamatan untuk rakyat, siapa yang harus sediakan? Aku akan teruskan mencari Muffin.

    Kalau sesiapa ditawarkan untuk membeli kucing jenis red tabby, sila hubungi saya segera. Jangan biarkan saya terus kehilangan sesuatu yang menjadi teman tidor saya selama ini. I love her. Sangat rasa bersalah sekarang. Pls help me out. Mungkin korang akan fikir sebab seekor kucing, aku nk emo2 macam ni. Bukan itu yang aku cuba sampaikan.

    Gambar2 terbaru Muffin akan dipost lagi. Hubungi saya 012-771-7753.

    Kali terakhir kelihatan, jam 9.00pm 13-08-09 ( sebelum aku keluar ke studio)

    Detail-

    Nama : Muffin.

    D.O.B : 31-03-09

    Umur :  4bulan 14 hari.

    Jenis : Red Tabby

    Warna : Seperti digambar di atas.

    Dan kita sebagai rakyat Malaysia, perjuangkan hak kita. Realisasikan SATU MALAYSIA!!!!

    Bersama mencegah jenayah. Bersama menegakkan hak kita. Bersama bersatu menjadikan Malaysia negara yang selamat. Merdekakan Malaysia! Merdekakan!!

    Related Posts with Thumbnails



    &width=80&loop=1&autoplay=1&volume=20&showstop=1&showvolume=1&showslider=0" />