Malas? Mungkin.
Idea nk menulis? Banyak. Tp nk merajinkan diri terjemahkan kedalam bentuk tulisan, sedikit malas. Sedikit ke? Nahh.
Tadi main kejar – kejar dengan Muffin. Oh, Muffin da lama da dijumpai. Rezeki Allah. Panjang ceritanya, tp aku malas nk tulis. Nk tulis pasal benda lain. Apa khabar aku di Bonsai? Ini yang aku nk ceritakan.
Apakah perkembangan terbaru di Bonsai? Aku sekarang, Marketing Consultant, merangkap Pengendali Akaun, merangkap in house photographer. Kadang2 je aku keluar amik gambar. Kenapa? Ngee. Aku rasa aku sedikit lambat dalam ilmu2 gambar nih.
Gadget, aku tak kejar, aku tak study sangat pasal gadget, sbb tu sampai sekarang, aku tak pernah beli sebarang accessories tambahan untuk d90 kesayangan aku. Bag? Pun aku tak beli. Ngeee. Aku kurang sedikit dalam gadget, sbb aku tahu, nk kejar semua aku takkan dapat. Bukan sbb tak boleh, tp aku taknak.
Mungkin benar apa yang Encik Afif, CEO The Secret Consultany bagitahu aku. Oh, mechanism yang dia gunakan untuk baca potensi aku, adalah melalui tarikh lahir. Dia reveal semua pasal feng shui, kaler yang seswai untuk lepaskan energy aku, unsur aku, dan banyak benda lagilah. Aku tak sesuai dengan kaler kuning, merah,dan hitam. Sebab energy dalam badan aku tak dapat digunakan seoptimum mungkin. Aku jadi stress down, sbb kaler2 ni drag me down.
Perghh.. Keter aku kaler hitam.
Bilik aku kaler merah.
Uniform aku kaler kuning. Perghh..
Tp sampai sekarang, bilik aku masih merah, kereta aku masih hitam, aku cuma tak pakai uniform kuning aku je. Baju kuning, aku pakai lagi. Hiks. Tunggulah, ada duit lebih sket, aku akan cat balik bilik aku. Kaler yang lembut2 sket. Bukan kaler rebellious lagi. InsyaAllah juga aku akan tukar kereta, yang lebih sesuai dengan aku.
Sekarang aku lebihkan masa aku untuk berada di studio, buat simple account, deal dengan client, kemas-kemas office sket, buat sedikit editing, fikir apa yang kami perlu buat untuk letopkan bonsai. Buleh dapat insurance. wakaka. Insurance lah sangat. Ngee. Maksud aku, bagi Bonsai BOOMM!!
Biasalah, kami bertiga masih lagi mentah dalam bidang business ni. So masih banyak selok belok business yang kami perlu pelajari. Dengan sedikit ilmu yang aku belajar di KPTM KL and DBS, aku cuba fight untuk kemakmuran company.
Banyak yang kami pelajari sejak dari hari bermulanya benih bonsai dalam kepala kami, sehingga hari ini, pengalaman yang begitu berharga sekali. Aku akan adapt pengalaman ini untuk menempuhi banyak lagi rintangan selepas ini.
Aku seronok bila ada client datang studio, berbincang pasal pakej. Aku terangkan kepada mereka yang pakej di Bonsai adalah sangat berpatutan. Pilihan untuk client banyak kami sediakan. Its a custom wedding! Ngee~
Keseronokan berkenalan, fahami mereka, memberikan aku satu nafas baru dalam hidup. Setiap kali aku mengenali bakal client, setiap kali itu juga, aku pelajari sesuatu. Networking semakin luas, client by client. Setiap person yang aku kenal, akan mengajar aku sesuatu. Semakin hari aku semakin seronok dengan kerja aku.
Masih lagi mencari
Dimana Bonsai sekarang? Banyak sangat rintangan yang kami lalui.
“Tiada apa yang special tentang bonsai”. Itu kata mereka kepada kami. Heh?
Sudah tentu sekali mereka terlalu memandang rendah kepada kami. Maka mereka silap.
Siapa Bonsai Family? Bonsai adalah satu community yang mementingkan keharmonian didalamnya.
Bonsai Family takkan wujud tanpa mereka. Mereka adalah orang-orang yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada kami. Tanpa mereka, kami takkan dikenali. Oh bertapa aku sayang korang semua!! Merekalah bonsai family members!! Fewwiitt..
Hijrah

InsyaAllah aku akan lebih bertenaga tahun ini. Aku akan lebih berusaha untuk masa depan aku. Dude, aku da nk masuk 25 tahun ni. Pergh.. Tercapai ke cita-cita aku nk beli private jet ni?! Ngeee.
Parent aku selalu ke KL sekarang. Ye lah, semua da kat sane. Tinggal aku sorang jek kat sini. Mesti Che Abah rindu anak2 diorang kan? Tp takpe, aku kat KB boleh jaga parent aku. Tp aku selalu kena tinggal kat rumah sekarang, bila mereka g KL. One day, kawan aku telah membuatkan aku terfikir panjang. Panjang sangat. Then aku usulkan idea kepada parent aku, untuk jadikan rumah aku yang kosong ni, homestay. Banyak kot bilik kosong, kat bawah je da 3 bilik boleh sewakan. Kat atas ada lagi 2 bilik kosong. Pergh! 5 bilik, semua dengan bilik air didalam bilik, 2 bilik dengan 2 katil Queen Size, 3 bilik dengan 1 queen, air cond, free wi fi. Dapur, ruang TV, hallway, ruangtamu, a yard at the back(boleh BBQ), a spacious parking lot(up to 9 car at a time), its a gold!! Sangat sesuai untuk dijadikan hometay!
Parent aku bersetuju untuk jadikan rumah ni homestay. Susun atur didalam rumah diubah untuk memudahkan lagi flow di dalam rumah, upgrade dapor sket, sediakan katil. Itu saja yang mampu kami lakukan sekarang. InsyaAllah aku akan cuba dapatkan sedikit sponsor dari adik beradik yang lain, untuk cat semua dalam dan luar rumah. Ngeee~ Naikkan signboard, publish dalam internet. Slow2 kayuh. Ngee. Balik raya, semua bilik full. Adik beradik balik. So tak leh nk beroperasi masa semua ada kat rumah. Side income untuk family, and aku sendiri. Kan? Ngee. So ini satu hijrah.
Apa lagi hijrah untuk tahun ini? Yang halus, yang sekarang mungkin langsung kita tak sedar, banyak sangat. Tp yang jelas, hijrah dalam hidup aku, aku boleh cerita sekarang. Ngehehe. Semalam 1 Muharram, Marlyn berpindah rumah. Dekat je lah. Masterskill da tamat contract kot dengan owner rumah tu. Sampai bulan 1 ni je. So dia terpaksa la dipindahkan ke rumah lain. Rumah baru dia quite nice. Tak sangka plak aku design rumah2 kat perumahan tu lain2 semuanya. Rumah baru dia agak sejuk sket la bagi aku. So aku berhijrah dari tempat selalu aku parking, menunggu didalam kereta, tunggu dia siap. Satu hijrah bukan?
Apa lagi ek?
Aku nk berhijrah dari kehidupan liar aku. Aku perlu jadi seorang lelaki. Ini hidup aku. Hidup yang perlu
aku lalui selama aku di dunia ini. Aku harus kembali.
Salam Maal Hijrah dari aku. Doakan kejayaan aku.
p/s: Aku tahu posting aku kali ni agak merapu. Ah peduli.
Bard Zain
Marketing/Consultant
Bonsai Photostudio
+6019 211 4696
+609 7448748
Ahmad NazhrulBadri Mohd Zain | Create Your Badge
