Siapa Bard Zain?

Ahmad Nazhrulbadri Mohd Zain adalah anak ke-8 dari 12 adik beradik. Dilahirkan pada 31 Ogos 1985. Berasal dari Kelantan dan menetap di Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, seterusnya ke Sultan Ismail 2, dan seterusnya ke Sekolah Kebangsaan Islah. Banyak sekolah yang beliau hadiri bukanlah kerana mempunyai masalah disiplin tetapi kerana beliau memang sukakan begitu. Selepas mendapat keputusan yang agak baik untuk PMR di Sekolah Kebangsaan Kota Bharu, beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Dato’Ahmad Maher dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Perak dalam Jurusan Akaun.
Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Kolej Polytech Mara Cheras. Dalam jurusan akaun, program berkembar dengan Dublin Business School.Setelah tamat pengajian di KPTM, beliau menyambung pelajaran ke Dublin Business School Ireland. Niat asalnya ingin menamatkan ACCA di Dublin tidak kesampaian akibat masalah mendapatkan kerja yang amat susah ketika itu. Beliau pulang ke tanah air dan bekerja sebagai Pegawai Kewangan di Karisma Gading S/B. Kembali ke tanah air menemukan kembali Bard Zain dengan Mohd Fakhrul Haqimi, rakan sekolah beliau yang ketika itu sedang memulakan kerjaya sebagai seorang photographer.
Mula berjinak – jinak dengan photography dan memutuskan untuk mengambil part time job di dalam bidang ini. Berasaskan ilmu-ilmu yang dipelajari bersama Fakhrul Haqimi dan Mohd Arif, mereka bertiga agresif untuk menjadikan photography sebagai bidang utama dan dengan perancangan selama beberapa bulan, mereka nekad untuk membuka Bonsai Photostudio.
Bard Zain
Proud Partner of Bonsai Photostudio
Phone : 012-7717753 019-2114696




