Salam. Its been a while since the last time i post new entry. Busy month with a lot of thing happen to me. Yeah many!
Dugaan dari Allah yang tiada henti. Aku hadapai dengan sabar walaupun kadang – kadang fikir sampai nk mati.
Lets start with early January.
4th jan,
bawa kereta dengan perlahan ketika menyusuri Pasar Berek 12. Memandang ke dalam pasar, mata liar mencari jika masih ada orang yang menjual ayam. Ye aku nk masak that day. Kat depan, Hilux dengan tiba2 berhenti mengejut. Dan dengan perlahan kereta aku masuk kebawah gergasi tuh. Boleh tahan teruk kereta aku. Rupanya ada kucing hitam melintas. Adoi. Kempis wallet aku.
15th jan
Kereta masih belum direpair. Aku redah je dengan macam tu. Janji masih boleh jalan. Kan?
Minggu depannya aku plan nk g picnic dengan Marlyn and Muffin. Kat Pantai Sri Tujuh Tumpat. Sekali lagi, disebabkan jalan yang super rally, dengan perlahan sekali lagi kereta aku terjun lubang. Tercabut bumper. Aduh. Ape laa nasib. Nk tahu kenapa kereta aku jadi macam tu? Aku pernah mention dalam post sebelum ni, aku nk jual kereta ni, nk tuka dengan kereta yang lebih sesuai dengan kewangan aku. Ye lah. Sekarang ni bukan aku yang pakai kereta, tapi kereta yang pakai aku. Sakit woo kalao macam tuh. So kereta aku decide untuk mogok. Tanak berkerjasama dengan driver. Konon merajuk.

17th Jan
Aku follow Encik Mazlan pergi mengurut. Sedap! Bukan sedap ape, tapi badan aku jadi super ringan. Aku boleh bend badan aku dengan jayanya. Tok Hassan memang hebat main dengan urat. Dia leraikan semua urat2 aku yang tersimpul, yang bertongkol, kasi jalan dengan bagus. Tok Hassan ni tukang urut HUSM untuk orang2 yang kena stroke. So dia memang pakar dalam bab urat ni. Kalau nk pergi mengurut, boleh pergi terus ke rumah beliau di Bunut Susu. Balik dari rumah dia, aku singgah studio jap, Mazlan nak amik movie. Siap segala urusan, sebelum balik, beli burger jap kat gerai kat bawah, sambil tunggu burger, borak2 dengan Mazlann dan isterinya. Siap burger, gerak balik. Esoknya, baru aku sedar yang wallet aku tade. Urghh. Apa perasaan aku ketika itu?
IC, lesen, ATM card, cash rm400, semua gone.
Agak berat kan ujian yang aku terima. Mulanya aku tak sanggup nk hadapi semua ni, ye lah. Semuanya berkaitan dengan DUIT. Kalau economy aku tengah gah masa tu takpe gak, ni dengan kereta yang tak dibaiki, duit plak hilang. Kalau aku guna duit tu utk repair, ada gak hasil. Kan?
Oh ada lagi. Bukan itu sahaja, seminggu lepas kejadian wallet hilang tuh, nk tahu apa lagi yang terjadi kat aku?
PC aku di studio kena stroke. Brain dead. Motherboard blow. Hebat kan ujian Allah. Dia benar2 sayangkan aku. Dan aku tahu He got a better plan for me.

Economy yang hampir lumpuh, aku tekad february ni aku akan kembali bekerja dengan abang aku di Besut. Kalau dulu aku travel pergi dan balik setiap hari dari KB-Besut, this year, aku akan stay di Besut. Weekend jek aku balik KB. Kenapa? Aku tak sanggup membunuh kereta aku. Dan aku tak sanggup spend RM800 setiap bulan untuk minyak dan servis kereta. Baik aku simpan duit tu. Buat belanja kahwin nanti.
Korang tertanya – tanya kan? Macam mana dengan Bonsai? Bonsai masih lagi Bonsai. Walaupun tanpa aku berada di studio setiap hari. Aku hanya akan bekerja jarak jauh dengan Bonsai. Dan jika ada emergency, aku balik lah KB. Aku takkan stay dengan satu kerja sahaja. Melainkan satu kerja itu dapat menjamin masa depan aku. So ini keputusan aku.
Until next time.












Keep on going!