Bard Zain Photoblog:

BARD ZAIN

BONSAI PHOTOSTUDIO
(KT0259865-V)

4128-G, Tingkat 2,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200, Kota Bharu,
Kelantan.
OFFICE : +609.7448.748
MOBILE : +6019.211.46.96
EMAIL : bardzain@bonsaiphotostudio.com





  • Picnic in panic

    February 2nd, 2010

    Salam and hye.

    End january, aku bawak Marlyn and Muffin g picnic dekat Info Galeri Sungai Golok. Cantik tempat tu. Taman, di hujung tanjung, bersempadan dengan Thailand. Aku sangat teruja sbb first time aku sampai tempat ni. 31hb Jan jugak, Muffin genap sebelas bulan. So memang hari tu dia buat hal lah. Selalunya pagi pukul 7, dia akan balik untuk kejut aku subuh. Dia balik untuk makan. Dia akan memanggil kat depan pintu bilik aku, untuk masuk makan. So selagi aku tak buka pintu, selagi tu jugak la dia akan terus buat bising. Haishh. Haritu dia tak balik. Aku cari satu kampung. Memang lengkap exercise aku harituh.  Banyak gile kucing yang aku jumpa. Mereka mempunyai community sendiri dalam kampung ni. Yang paling kuat, berkuasa menawan Queen. Kucing yang baru baligh.

    tumpat11

    tumpat4

    tumpat12

    Rupanya dia ada kat rumah sebelah. Tgh beroman picisan dengan kucing hitam. Kucing ni memang gangster gile. Pernah masuk bilik aku, kencing kat bawahh katil. Tanda kawasan and sign nk tunjuk, dia akan ‘makan’ Muffin. Dan kucing hitam tu berjaya. Muffin baligh semalam. So, dia mmg tak boleh kawal. Akan jadi single minded, cari peluang untuk cari jantan! Yeah! Muffin da besar! Nasib baik masa abah jumpa dia, baru duk borak melalui hati dengan Si Hitam.

    tumpat3

    tumpat2

    tumpat5

    tumpat6

    Tanpa sebarang hesitasi, sebelum The Black King beradu tenaga dengan The Queen Muffin, aku amik Muffin. No way. Not him. U are way better than that. Hehe.

    Nk memujuk sbb aku da potong stim dia, aku bawak dia picnic. Biar dia jauh sket dengan jantan2 keparat itu semua! Masa kat taman pun, dia pantang bau kucing, mesti cuba nk melarikandiri. Nk tengok ekspresi muka horny Muffin?

    Mesti mau kan?! haha.

    tumpat13

    tumpat14

    tumpat15

    tumpat7

    tumpat19

    tumpat8

    tumpat20

    Until next time. Stay tune for more photos.
    Ahmad NazhrulBadri Mohd Zain | Create Your Badge

    January to February

    January 28th, 2010

    Salam. Its been a while since the last time i post new entry. Busy month with a lot of thing happen to me. Yeah many!

    Dugaan dari Allah yang tiada henti. Aku hadapai dengan sabar walaupun kadang – kadang fikir sampai nk mati.

    Lets start with early January.
    4th jan,
    bawa kereta dengan perlahan ketika menyusuri Pasar Berek 12. Memandang ke dalam pasar, mata liar mencari jika masih ada orang yang menjual ayam. Ye aku nk masak that day. Kat depan, Hilux dengan tiba2 berhenti mengejut. Dan dengan perlahan kereta aku masuk kebawah gergasi tuh. Boleh tahan teruk kereta aku. Rupanya ada kucing hitam melintas. Adoi. Kempis wallet aku.

    15th jan
    Kereta masih belum direpair. Aku redah je dengan macam tu. Janji masih boleh jalan. Kan?
    Minggu depannya aku plan nk g picnic dengan Marlyn and Muffin. Kat Pantai Sri Tujuh Tumpat. Sekali lagi, disebabkan jalan yang super rally, dengan perlahan sekali lagi kereta aku terjun lubang. Tercabut bumper. Aduh. Ape laa nasib. Nk tahu kenapa kereta aku jadi macam tu? Aku pernah mention dalam post sebelum ni, aku nk jual kereta ni, nk tuka dengan kereta yang lebih sesuai dengan kewangan aku. Ye lah. Sekarang ni bukan aku yang pakai kereta, tapi kereta yang pakai aku. Sakit woo kalao macam tuh. So kereta aku decide untuk mogok. Tanak berkerjasama dengan driver. Konon merajuk.

    gerhana1

    17th Jan
    Aku follow Encik Mazlan pergi mengurut. Sedap! Bukan sedap ape, tapi badan aku jadi super ringan. Aku boleh bend badan aku dengan jayanya. Tok Hassan memang hebat main dengan urat. Dia leraikan semua urat2 aku yang tersimpul, yang bertongkol, kasi jalan dengan bagus. Tok Hassan ni tukang urut HUSM untuk orang2 yang kena stroke. So dia memang pakar dalam bab urat ni. Kalau nk pergi mengurut, boleh pergi terus ke rumah beliau di Bunut Susu. Balik dari rumah dia, aku singgah studio jap, Mazlan nak amik movie. Siap segala urusan, sebelum balik, beli burger jap kat gerai kat bawah, sambil tunggu burger, borak2 dengan Mazlann dan isterinya. Siap burger, gerak balik. Esoknya, baru aku sedar yang wallet aku tade. Urghh. Apa perasaan aku ketika itu?
    IC, lesen, ATM card, cash rm400, semua gone.

    Agak berat kan ujian yang aku terima. Mulanya aku tak sanggup nk hadapi semua ni, ye lah. Semuanya berkaitan dengan DUIT. Kalau economy aku tengah gah masa tu takpe gak, ni dengan kereta yang tak dibaiki, duit plak hilang. Kalau aku guna duit tu utk repair, ada gak hasil. Kan?

    Oh ada lagi. Bukan itu sahaja, seminggu lepas kejadian wallet hilang tuh, nk tahu apa lagi yang terjadi kat aku?
    PC aku di studio kena stroke. Brain dead. Motherboard blow. Hebat kan ujian Allah. Dia benar2 sayangkan aku. Dan aku tahu He got a better plan for me. :)

    gerhana2

    Economy yang hampir lumpuh, aku tekad february ni aku akan kembali bekerja dengan abang aku di Besut. Kalau dulu aku travel pergi dan balik setiap hari dari KB-Besut, this year, aku akan stay di Besut. Weekend jek aku balik KB. Kenapa? Aku tak sanggup membunuh kereta aku. Dan aku tak sanggup spend RM800 setiap bulan untuk minyak dan servis kereta. Baik aku simpan duit tu. Buat belanja kahwin nanti.

    Korang tertanya – tanya kan? Macam mana dengan Bonsai? Bonsai masih lagi Bonsai. Walaupun tanpa aku berada di studio setiap hari. Aku hanya akan bekerja jarak jauh dengan Bonsai. Dan jika ada emergency, aku balik lah KB. Aku takkan stay dengan satu kerja sahaja. Melainkan satu kerja itu dapat menjamin masa depan aku. So ini keputusan aku.

    Until next time.

    Related Posts with Thumbnails